Isnin, 16 September 2013

Chia Seeds di Harian Metro



Liputan khasiat Chia Seeds dan Oat serta pendapat pakar pengamal perubatan (FPMPAM)...

Selamat Hari Malaysia yang ke-50 buat semua!!! I love my peaceful Malaysia!



Sumber rujukan (MLA style)

Adv. "Oat dan bijirin Chia kombinasi sihat." Harian Metro (Sisispan RAP). 16 September 2013: page 16. Print.

Lagi cerita di http://www.facebook.com/ChiaSeedsMalaysia

Selasa, 3 September 2013

Harga naik RM3 :-(


Dukacita dimaklumkan sebentar tadi admin menerima panggilan telefon dari pihak pengimport Chia Seeds yang telah menaikkan harga Chia Seeds sebanyak RM3 dari harga asal.

Walaupun beberapa kali admin cuba buat tawaran semula namun pihak pengimport tetap dengan keputusan terbaru ni.

Walaupun harga telah naik RM3 dari harga asal, admin hanya akan naikkan harga RM2 dengan mengorbankan bahagian keuntungan admin (tak untung pun sebab sebelum ni hanya cover kos petrol & tol). 

Admin dah rasa sangat sedih dan kurang bermotivasi...

Maaf atas kesulitan...

Segala update di http://www.facebook.com/ChiaSeedsMalaysia

Khamis, 13 Jun 2013

Testimoni Chia Seeds


Berikut adalah salah satu testimoni berkesan diet Chia Seeds selama beberapa bulan. Untuk maklumat lanjut bagaimana diet berkesan boleh hubungi beliau melalui Whatsapp (sahaja) 019 - tiga enam lima 9966.

Ahad, 12 Mei 2013

Khasiat biji Chia (Chia Seeds)

KELEBIHAN CHIA SEEDS

1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelak semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan.

2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
- Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
- EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung.

4 - MEMBEKAL TENAGA
- Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.

5 - ANTI-PENUAAN
- Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.

6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
- Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.

dan anda boleh lihat ada pelbagai lagi khasiat dengan carian "google"...

http://www.google.com.my/search?q=chia+seeds+benefits

Kandungan Nutrisi biji Chia (Chia Seeds)


KANDUNGAN NUTRISI CHIA SEEDS
Nilai nutrisi untuk 100g (3.5 oz)

Energy 2,034 kJ (486 kcal)
Carbohydrates 42.12 g
... - Dietary fiber 34.4 g
Fat 30.74 g
- saturated 3.330
- monounsaturated 2.309
- polyunsaturated 23.665
Protein 16.54 g
Vitamin A equiv. 54 μg (7%)
Thiamine (vit. B1) 0.62 mg (54%)
Riboflavin (vit. B2) 0.17 mg (14%)
Niacin (vit. B3) 8.83 mg (59%)
Folate (vit. B9) 49 μg (12%)
Vitamin C 1.6 mg (2%)
Vitamin E 0.5 mg (3%)
Calcium 631 mg (63%)
Iron 7.72 mg (59%)
Magnesium 335 mg (94%)
Manganese 2.723 mg (130%)
Phosphorus 860 mg (123%)
Potassium 407 mg (9%)
Sodium 16 mg (1%)
Zinc 4.58 mg (48%)

Rujukan: Laporan dari National Agricultural Library http://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/3591?qlookup=12006&format=Full&max=25&man&lfacet&new=1

Asal usul biji Chia (Chia Seeds)


Apa sebenarnya biji Chia (Chia Seeds)?
 
Bijirin ini adalah makanan kesihatan yang digunakan oleh Kaum Aztec dan Puak Mayan satu masa dulu yang dianggap sebagai sumber tenaga yang paling utama. Selepas Spain menakluki kawasan tersebut, Chia Seed telah diharamkan dan dianggap 'taboo food' . Sejak itu Chia Seed telah hilang dan telah dianggap pupus...

Tapi selepas banyak kajian dibuat akhirnya Chia seed membuat 'comeback'nya semula..